Monday 11 July 2011

Cara Mendidik Anak-Anak

Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang. Untuk itu, marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dalam kalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh telladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI dan mengeratkan hubungan ibu bapanya 

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa dilarang menyebelahi anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu bapa yang memarahinya. Anak mencontohi apa yang diajar dan dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang-undang, anak akan menjadi keliru arahan siapakah yang patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa? Apabila berlaku pertentangan pendapat yang jelas ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT orang yang memarahi (ibu atau bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yang menyebelahi mereka.

2. Bapa dilarang menengking/mengherdik atau bertengkar dengan ibu di hadapan anak-anak  atau sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak memasak dan makan bersama-sama, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa mesti makan bersama anak-anak

Disamping itu jangan lupa sentiasalah berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak..

13 comments:

  1. rasa keinsafan menyelubungi diriku..

    ReplyDelete
  2. sebagai ibu bapa kita perlu buat yng terbaik untuk anak-anak kerana anak adalah amanah Allah

    ReplyDelete
  3. saya suka artikel ni.... dalam mendidik anak, ilmu keibubapaan tu perlu dipelajari dan diamalkan....terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik dengan artikel ini,banyak perkara yang perlu kita lakukan dalam memdidik anak,sama-samalah kita berusaha hingga dpt dilihat hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Best artikel ni,boleh jadi panduan yang berguna untuk ibubapa dan bakal nak jadi bapa.Cantik la blog.Tahniah

    ReplyDelete
  6. atikel ini boleh menjadi panduan kepada ibubapa dancanti blog.

    ReplyDelete
  7. Dapat dari mana artikel ini? Bersesuaian dengan kehidupan kita sebagai ibu bapa.Ada ketika kita sebagai ibubapa terlalu leka dengan peranan masing-masing.Ayuh, masih belum terlambat untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita.Bertindaklah sekarang.....

    ReplyDelete
  8. Kadang kadang kita manusia terlalu mengikut perasaan..panduan seperti ini dapat mengingatkan kita..sama-sama kita berpesan dan mengingatkan..moga hari akan datang lebih baik dari hari ini..

    ReplyDelete
  9. Semua ibu dan bapa renung-renungkan lah...fikir-fikirkanlah...bertindaklah..........

    ReplyDelete
  10. artikel yang baik dan bermanfaat.tahniah.

    ReplyDelete
  11. bagus blog nie.. leh jd panduan pd ibu bapa saya sbgai bakal ibu utk mdidik anak.. alhmdllh.. tahniah diucapkan...

    ReplyDelete