Monday 19 September 2011

Teh Mampu Melawan Pelbagai Risiko Penyakit

Khasiat Teh

  • Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. 
  • Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
  • Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara. 
  •  Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. 
  • Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. 
  • Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
 

Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :

  • Membantu membakar lemak
  • Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
  • Melindungi daripada hepatitis
  • Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
  • Melindungi daripada diabetes
  • Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Mencegah keracunan makanan
  • Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
  • Menurunkan tekanan darah
  • Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

    No comments:

    Post a Comment